Archives

ISTERI SOLEHAH (SAFF-ONE)

Lagu ini ditujukan buat semua wanita bergelar isteri…Bersyukurlah jika mempunyai suami yang tahu menghargai para isteri…Bukan kemewahan yang diminta oleh isteri tetapi memadailah mempunyai suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri/anak-anak dengan penuh keikhlasan…Ia sudah cukup membahagiakan isteri dan menjadi semangat buat isteri mengharungi suka duka bersama…

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

JASA BONDA-WARISAN

Lagu ini ditujukan teristimewa buat bonda yang amat kusayangi…Kasih sayangmu, pengorbananmu & keperihatinanmu kusanjung tinggi. Moga kasih sayang Allah mengiringi kehidupanmu…

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

PUTERI KUSAYANG-HIJJAZ

Lagu ini kutujukan khas buat puteri-puteri kusayang…Syasya Liyana dan Fatin Liyana semoga membesar sebagai anak solehah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Ketahuilah anak-anak Ummi sayang, Ummi meletakan penghujung nama puteri-puteri Ummi dengan nama LIYANA (yang bermakna KELEMBUTAN) dengan harapan semoga puteri-puteri Ummi membesar sebagai wanita solehah yang penuh dengan kelembutan…Hayatilah lirik lagu ini…

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya