Archives

Lagi Petua

MENGEMPISKAN PERUT
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba….

MENCARI ATAU MENGINGATI SESUATI BENDA YANG TERLUPA
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insya Allah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula.

Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Cubalah sendiri. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.

HILANGKAN LENDIR BENDI
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Kemudian sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping itu apabila sayur tersebut hendak diangkat. Insyaallah lendir pada sayur bendi itu akan hilang serta-merta.Satu cara lagi, basuh dahulu bendi yang hendak dimasak, kemudian barulah potong bendi tersebut sebelum dimasukkan dalam masakan.

MELANSINGKAN BADAN
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1. Dua biji lobak merah dipotong
2. Sebiji mentimun segar
3. Sebiji limau nipis
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

AWET MUDA DAN MENARIK

Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1. Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2. Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3. Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

LEGAKAN SAKIT KEPALA
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
Makanlah biji buah Peria.
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan… insyallah gastrik akan hilang… ia daripada pengalaman saya sendiri…kini gastrik tiada lagi!

Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus (bertengkumus maksudnya berselubung) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. (Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

PETUA DAPUR

.Menyimpan cendawan lebih lama
Cendawan yang kita beli di pasar biasanya dipaket di dalam plastik. Jika anda hanya pergi ke pasar seminggu atau dua minggu sekali, sukar menyimpannya kerana ia mudah busuk. Jadi, selepas membeli cendawan, keluarkan dari plastiknya dan elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan itu dengan kertas surat khabar dan simpan di dalam peti sejuk.Jika disimpan di dalam plastik, cendawan itu akan bernafas dan mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia akan tahan lebih lama iaitu kira-kira lima hingga ke tujuh hari.

· Menghilangkan kesan kunyit atau kotor pada blender

Jika anda ingin menghilangkan kesan kuning kunyit di dalam blender, masukkan sedikit peluntur – bleach ke dalam blender tersebut dengan sedikit air suam dan kisarkan air itu sehingga kesan kuning hilang.

Anda juga boleh memasukkan dua sudu makan cuka dicampur dengan air panas ke dalam blender dan kemudian kisarkan air tersebut. Bilas dengan air panas dan keringkan.

Cara ini juga berkesan jika anda ingin menanggalkan kesan karat teh, kopi dan sebagainya pada cawan dan gelas atau pinggan. Masukkan peluntur di dalam air panas dalam bekas pilihan anda dan masukkan cawan atau gelas tersebut. Biarkan sehingga dakit atau karat itu hilang sendiri. Ini mengambil masa kuran sepuluh minit.

Selepas itu, bilas pinggan mangkuk anda dengan perahan limau nipis atau pun pencuci pinggan yang biasa anda gunakan. Lihatlah hasilnya.

· Masak lemak pecah minyak ?
Jika ingin mengelakkan masak lemak anda pecah minyak dan berketul-ketul, pastikan api anda perlahan sepanjang memasaknya. Atau jika ingin memasak dengan cepat, anda besarkan api dapur dan pastikan sentiasa mengacau masak lemak tersebut sehingga sudah pekat kira-kira sepuluh minit dan kemudian perlahankan api tersebut sehingga masak.

· Menghilangkan hanyir ikan di dalam sup

Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan sama beberapa sudu perahan limau nipis – sup anda tidak hanyir malah lebih sedap lagi.

Sekiranya hanyir ikan melekat ditangan, lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan bilas. Memang hilang bau hanyirnya.

· Mengurangkan rasa pedas cili

Untuk mengurangkan rasa pedas sambal tumis atau sambal belacan, masukkan beberapa potong tomato dan tumbuk bersama-sama, ia tidak akan menjadi terlalu pedas malah anda tidak perlu lagi menambah banyak air untuk menjadikan kuantitinya lebih banyak.

Tambahkan juga sedikit gula dalam masakan bercili anda.

· Ingin nasi tahan lebih lama ?

Beras jika dicuci sekali sahaja maka nasi anda akan cepat basi. Tetapi, beras yang dibilas sekali ini mempunyai lebih karbohidrat kerana kanjinya tidak hilang semasa dibasuh. Untuk mengelakkan nasi anda cepat basi, pastikan nasi anda betul-betul kering airnya dan jika menggunakan periuk nasi elektrik, bilas beras anda hingga bersih.

· Mudah mengupas telur rebus

Pastikan telur itu sudah sejuk. Andai mahu menggunakannya dengan kadar segera, pastikan anda mengupas telur rebus yang panas itu di dalam air sejuk, jangan mengupasnya di udara. Ketukkan dulu telur untuk meretakkan keseluruhan kulitnya dan kemudian kupas di dalam air sejuk. Telur itu akan licin dan cantik.

· Mudah membersihkan bilik air/lantai

Jika anda mengalami masalah dalam mencucui bilik air atau lantai yang lama tidak dicuci, masak air hingga mendidih dan campurkan beberapa senduk garam. Setelah garam itu larut, siramkan air garam panas tadi ke tempat yang ingin anda cuci dan terus gosok lantai tersebut. Selamat mencuba, lihat hasilnya.

· Petua menyimpan lengkuas

Jika anda tidak mahu lengkuas yang dibeli cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau botol plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat. insyaAllah ia akan tahan lebih lama.

· Daun kari tahan lebih lama

Jika suka membuat kari, pastikan daun kari itu anda basuh dan biarkan kering, kemudian leraikan daun kari dari tangkainya dan masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk, insyaAllah ia akan tahan lebih lama dan masih ada baunya.

· Hilangkan bau durian dari peti sejuk

Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda. Bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau.

· Daun pandan yang sentiasa segar

Juga basuh dengan bersih dan bungkus daun pandan itu di dalam akhbar dan simpan dalam peti sejuk.

· Petua-petua empukkan daging

Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak.
Selain itu, masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda.

Juga gaulkan daging yang mahu dimasak degan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam, kemudian baru dimasak.
Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut.

Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.

Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.

Gunakan mana-mana petua di atas. InsyaAllah akan menjadi.

· Petua hilangkan bau hamis daging

Rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis kemudian, barulah dimasak mengikut resepi anda – cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging.

· Menghalau lalat

Semasa kenduri kendara, ambil dua batang lilin dan nyalakan. Letakkan di mana-mana tempat yang anda kehendaki.

Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang mengerumuni tempat tersebut. Kemudian, letakkan daun kari itu di dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan.

Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat tersebut.

Mana-mana petua ini boleh digunakan. InsyaAllah, lalat tersebut akan lari.

· Petua memilih buah-buahan

Buah tembikai :-
Kulit yang licin.
Pangkalnya gemuk, semakin kehujung warna kulitnya kekuningan.
Tepuk sedikit dan jika ianya berbunyi seakan-akan kosong maka ia sudah benar-benar masak dan manis insyaAllah.
Jika sudah dibelah, pastikan warnanya merah berseri dan tidak pucat.
Bijinya pula perang tua atau hitam dank eras, bukan putih atau agak lisut.
Nenas :-
Mata nenas sudah tidak timbul lagi.
Jambulnya mudah ditanggalkan.
Warna nenas itu asli sama ada kuning tua, kuning keemasan atau kuning kemerah-merahan.

· Menghilangkan kotoran pada chopping board

Juga boleh gunakan peluntur seperti petua menghilangkan kotoran pada blender tadi – pastikan air yang digunakan mencukupi untuk merendam papan tersebut.

· Menghilangkan bau botol atau balang
Basuh botol atau balang tersebut seperti biasa. Keringkan. Ambil pula arang kayu sebesar 2 cm x 1 cm – masukkan dalam botol tadi. Tutupkan botol itu. Tutup sehingga bau botol benar-benar hilang (kira-kira dua jam).

· Cili kering mesin tahan lebih lama

Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar bercendawan dengan cepat, kisarkan cili anda dengan sedikit minyak masak. Kemudian, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya. Sejukkan. Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.

· Santan tahan lama

Jika membeli santan peket, terus simpan di dalam peti sejuk dan jika memerah kelapa, pastikan anda menggunakan air masak. Masukkan santan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam dan masak di atas api sederhana hingga pecah minyak. Santan akan tahan lebih lama sehingga dua atau tiga hari.

· Sayuran celur kelihatan segar

Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan sayur tersebut – sayur akan kelihatan berkilat dan segar.

Anda juga boleh memasukkan sedikit garam ke dalam air rebusan sayur tersebut – sayur masih berwarna hijau setelah direbus.

· Harumkan bawang tumis
Pastikan bawang putih dan bawang merah anda dicincang lumat atau ditumbuk – masukkan sedikit garam semasa menumis.

· Merangupkan kentang goreng
Setelah dikupas kulit kentang, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya hingga rata. Masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1-2 jam hingga kentang kering. Selepas itu, gorenglah kentang tersebut dengan menggunakan minyak yang banyak di atas api yang sederhana agar betul-betul rangup seperti yang dibeli di k epsi.

· Mengupas ubi kentang

Caranya tidak susah. Rendam kentang dalam air garam pada sebelah malamnya. Esok pagi, barulah dikupas kentang tersebut dengan tangan. InsyaAllah, kulit kentang akan terpisah dengan isinya dengan mudah.

· Menghilangkan pahit pucuk mengkudu

Untuk mengurangkan rasa pahit pucuk mengkudu, setelah dihiris halus rendam dengan air garam selama setengah jam. Kemudian diramas sedikit sehingga keluar air. Selepas itu toskan dan boleh dibuat kerabu atau ulam.

· Menggoreng kacang tanah

Untuk memastikan kacang tanah yang anda goreng tidak hangus dan sempurna hasilnya, mula-mula panaskan minyak masak di dalam kuali. Tetapi jangan terlalu banyak minyaknya, cukur sekadar membasahi kacang tersebut. Kemudian, goreng seperti biasa. Sentiasa acau kacang tersebut dengan sudip supaya ia tidak melekat dan hangus. Tekankan sudip ke atas kacang tersebut. Anda akan dengar bunyi seperti meletup-letup. Terus tekan pada kacang hingga tiada bunyi letupan lagi. Angkat dan sejukkan. Ia boleh dijadikan pelengkap nasi lemak atau bumbu masakan lain seperti kuah kacang dsb.

· Hilangkan rasa pijar terkena cili
Kalau rasa pijar bila memegang cili, anda boleh boleh menghilangkan rasa pijar tersebut dengan mengambil satu sudu gula. Campurkan dengan air suam dan kacau sampai gula cair. Rendam tangan anda ke dalam air tersebut sehingga rasa pijar tersebut hilang. Selamat mencuba.

· Pakaian terkena kopi

Jika pakaian terkena sebarang noda seperti kopi dsbnya, cuba jiruskan air panas yang mendidih kepada bahagian pakaian yang terkena noda tersebut, cuci seperti biasa dengan sabun, bilas dan keringkan.

· Melazatkan lauk ikan bilis

Jika anda suka menggunakan ikan bilis sebagai bumbu dalam masakan, cuba tambahkan beberapa potong mempelam muda dalam masakan anda. Masakan anda akan jadi lebih lazat dan lebih lemak.
· Memudahkan mengopek kerang
Apabila merebus kerang, masukkan sedikit minyak masak ke dalam rebusan tersebut. Ia akan lebih mudah dikopek.

· Segarkan kelapa parut untuk kuih
Jika menggunakan kelapa parut untuk membuat kuih, anda boleh membuat kelapa tersebut lebih segar dengan meletakkan kelapa tersebut di atas periuk yang berisi air panas (kukus). Biarkan wap itu menyerap ke dalam kelapa parut selama 5 minit. Kelapa akan lebih segar.

· Mengurangkan masin dalam masakan

Jika kuah anda terlalu masin, masukkan beberapa biji kentang atau keledek dan biarkan ia empuk di dalam kuah tersebut.

· Elakkan perkakas dapur berkarat
Cuci bersih peralatan keluli anda dan lap kering kemudian, sapu dengan sedikit minyak masak dan bungkusnya dengan kain atau kertas bersih. Simpan seperti biasa.

· Cara mudah kupas bawang
Semasa kenduri, cara mudah mengupas bawang ialah dengan membasahkan bawang sebelum negupasnya, kulitnya lebuh mudah dibuang.

· Telur mata kerbau yang enak dan sempurna

Jika inginkan telur mata kerbau yang sempurna, pisahkan kuning dari putih telur. Goreng kuning telur tersebut dahulu hingga masak. Kemudian, goreng pula putihnya. Setelah separuh masak, masukkan kuning telur tadi ditengah-tengahnya. Siramkan dengan minyak yang digunakan untuk menggoreng dan balikkan agar keseluruhan bahagian masak rata. Hidangkan.

· Peti ais berbau wangi

Ada beberapa cara :-
Keluarkan semua makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais tersebut. Apabila sudah kering, sapu sedikit esen vanilla, ros dan sebagainya pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan dalam peti ais. Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula makanan kedalamnya.
Ambil sebungkus serbuk kopi dan simpankannya di dalam peti ais. Nescaya peti ais berbau lebih wangi.

· Pisang goreng lebih garing
Gunakan sedikit tepung kastard yang dicampurkan dengan tepung gandum. Sesudah dibancuh sebati, masukkan pisang yang telah dipotong ke dalamnya. Selamat mencuba.

· Karipap rangup dan enak
Karipap, epok-epok atau samosa boleh dirangupkan dengan membuat seperti berikut :-

Sebelum mengadun marjerin bersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat di atas kuali bersama dengan ½ cawan minyak masak. Biarkan hingga mendidih. Kemudian tuangkan minyak tadi ke dalam adunan tepung. Uli seperti biasa. Ia akan lebih rangup dan enak.

· Nasi lembik ?
Ambil beberapa helai suratkhabar dan letakkan di atas periuk nasi. Kemudian, tutup kembali periuk tersebut. Tunggu sehingga airnya beransur kering.

· Hilangkan bubuk dalam beras / kutu beras
Ada beberapa cara untuk menghilangkan kutu beras ini, iaitu :-Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam beras anda.
Simpan beberapa helai daun belimbing buluh yang telah dibersihkan dan dikeringkan kedalam beras anda.
Simpan beberapa helai daun limau purut di dalam beras anda.
Masukkan beberapa tangkai daun asam jawa ke dalam beras anda.
Masukkan beberapa helai daun limau nipis dalam bekas beras anda.

· Masalah duri / tulang ikan terubuk

Mula-mula pegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk itu. Selepas itu, tarik dari arah bertentangan. Anda akan dengar bunyi tulang atau duri ikan itu berderap. Kemudian, bolehlah ikan itu disiangkan.

· Mudah menyiang ikan
Bersihkan ikan tersebut dan rendam bersama-sama sedikit garam dan asam keping. Biarkan ia semalaman di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila mahu memasaknya. Sisik ikan itu akan lebih mudah ditanggalkan dan lembut.

· Ikan tidak melekat ketika digoreng

Untuk mengelakkan ikan melekat dikuali, pastikan minyak yang digunakan mencukupi dan menenggelamkan ikan tersebut. Masukkan beberapa keping asam keping bersama ikan tersebut. Terbalikkan ikan hanya apabila anda berasa ia telah garing.

· Hilangkan bau petai
Rendam petai yang ingin dimakan atau dimasak selama setengah jam didalam air basuhan beras. Jangan risau, ia masih segar walaupun telah direndam lama di dalam air. Baunya akan berkurangan.

· Udang sentiasa segar

Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa menyimpannya di dalam peti ais. Ia akan lebih segar dan tahan lama.

· Kek ringan dan lembut

Jemur tepung yang digunakan untuk membuat kek atau goreng tepung tersebut tanpa minyak (sangai) terlebih dahulu. Kek akan lebih lembut dan lebih enak.

· Mematikan ikan keli
Masukkan garam secukupnya di dalam bekas ikan keli tersebut dan tutup. Ia akan mati lebih kurang sepuluh minit.

· Menanggalkan kerak di periuk
Rebus kulit kentang di dalam periuk yang ada kerak selama beberapa minit, setelah air panas kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

· Melemakkan masakan pulut
Rendam pulut semalaman dan masak dengan air kelapa.

· Menghilangkan rasa pahit buah peria

Hiris buah peria mengikut selera anda. Gaulkan peria tersebut dengan garam kasar. Biarkan lima minit. Cucui buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Ia tidak lagi pahit apabila dimakan.

· Memutihkan nasi

Masukkan satu camca the air limau nipis kedalam setiap tin beras yang akan dimasak. Kemudian masak seperti biasa. Selamat mencuba.

· Kilatkan lantai jubin
Masukkan 5 hingga 6 sudu cuka makan ke dalam air pencuci lantai. Kemudian gunakannya untuk mengelap lantai jubin anda. Lantai akan terasa bersih, tidak melekit dan selesa bila dipijak.

· Kobis lambat layu
Sapukan sedikit garam halus pada bahagian kobis yang dipotong sebelumnya. Kobis akan segar dan tidak mudah layu.

· Hilangkan hamis daging kambing
Bau daging kambing memang hamis. Untuk mengatasinya, rendam daging kambing yang telah dipotong di dalam air kelapa selama 20 minit. Cuci semula dengan air biasa sebelum dimasak.

· Cara simpan buah-buahan dan sayur-sayuran
Ketika menyimpan buah-buahan, pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain.

Limau :-
Simpan di dalam tempat menyimpan telur di dalam peti ais.

Tomato dan timun :-
Simpan di dalam suhu bilik.
Untuk mengelakkan tomato cepat masak, sorokkan dari cahaya matahari.

Jambu, epal dan pear :-
Bungkus buah-buahan ini yang masih mengkal di dalam kertas bersama buah-buahan yang agak masak. Simpan di tempat gelap. Dalam tempoh sehari, buah tersebut akan masak.

Kentang :-
Elakkan dari mencampur kentang dengan buah lain. Jika kentang sudah dikupas, rendam di dalam air dan simpan di dalam peti ais.

Sayuran herba :-
Seperti daun saderi (daun sup), daun bawang, letakkan di dalam bekas berisi air (gelas tinggi) dan masukkan dalam peti sejuk. Pastikan akarnya terkena air.

· Cara menumis sayur yang betul

Amalkan menumis sayur di atas api yang besar agar kepanasan minyak segera mengumpul zat sayur itu di dalamnya. Ini akan menjadikan sayur tetap segar dan lebih manis. Tumis sayur yang keras dahulu seperti karot, kacang buncis, kalian dan lain-lain dan kemudian masukkan pula sayuran daun. Goreng secepat mungkin dan gaul rata. Tuang air kosong sedikit sahaja kerana sayuran mudah berair. Angkat dan sajikan terus.

· Tip memilih dan mengolah kerang
Kerang mempunyai kandungan protein dan mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan selenium yang tinggi.

Pilih kerang yang masih hidup yang bergerak apabila disentuh.

Rendamkan kerang yang bercengkerang di dalam air garam. Simpan dalam bekas yang bertutup agar kekotoran keluar. Bersihkan cengkerangnya di bawah air mengalir agar kekotoran dapat dikeluarkan. Pegang kerang dengan menggunakan tangan lalu keluarkan isinya dengan menggunakan pisau kecil.

Kerang sangat sedap jika direbus atau dikukus. Jika merebus kerang, masukkan garam, daun kunyit, daun salam, dan juga lengkuas dengan api yang kecil.

Jika suka kerang kukus, sebelum dikukus, rendam kerang dalam air garam dengan bawang putih selama 15 minit. Kukus pula selama 20 minit. Pasti enak.

Jika suka makan kerang dengan sambal, cuba adunkan 2 sudu makan nenas parut, 2 sudu makan sambol botol seafood perasa manis pedas, 1 sudu makan mentega kacang botol dan 2 sudu teh air limau nipis.

· Cara menyimpan rempah didapur
Simpan rempah kering berbentuk butiran atau serbuk dalam bekas yang tertutup dan tidak terkena cahaya matahari langsung. Rempah kering boleh disimpan dan tahan selama 1 tahun. Jika lebih, citarasa rempah akan berkurang malah ada yang hilang rasa terus.

Beli rempah kering butiran seperti serbuk lada, ketumbar atau jintan yang masih elok dank eras bentuknya. Haluskan sendiri menjadi serbuk kerana rempah yang telah siap diserbukkan biasanya bercitarasa kurang enak.

Sangrai terlebih dahulu rempah butiran seperti jintan, halba dan sebagainya sebelum digunakan sehingga aromanya keluar. Larutkan terlebih dahulu rempah serbuk dalam air sehingga ia tidak bergumpal dan kelihatan cantik bila dimasak.

Simpan rempah segar yang berbentuk basah seperti halia, lengkuas, kunyit, daun limau purut, daun kunyit, daun salam dan sebagainya dalam plastik tertutup berlubang-lubang di tempat khas menyimpan sayuran dalam peti sejuk.

Carik-carik kasar rempah daun ketika hendak digunakan dalam masakan. Manakala untuk rempah berbentuk keras dan basah seperti halia, kunyit dan lain-lain, tumbuk atau hiris halus. Cara ini dapat melahirkan aroma yang lebih enak.

Perhatikan jumlah rempah yang ditambahkan dalam masakan. Jika terlalu banyak, citarasa rempah yang kuat akan menutup rasa masakan secara keseluruhan. Sebaliknya, rempah yang terlalu sedikit pula akan menyebabkan citarasa masakan menjadi hambar.

Rempah daun kering mmerlukan waktu yang lebih lama untuk mengeluarkan aromanya dibandingkan dengan rempah daun segar. Jika ingin menggantikan rempah daun segar dengan yang kering, kurangkan jumlah rempah daun kering kerana rasanya akan menjadi pekat.

· 10 Tahap membuat kek
Pilih bahan yang baru dan bermutu.

Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.

Siapkan loyang – dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan marjerin. Taburkan dengan tepung gandum.

Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer padakadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak.

Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur.
Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 peringkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung.

Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan, dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik.

Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek.

Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak.

Hias kek agar nampak lebih menarik dan menyelerakan. Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik. Potong kek mengikut selera anda.
cari bekas yang gelap atau lutsinar.

· Taugeh tahan lama
Ambil sebiji limau nipis dan potong menjadi tiga kepingan, masukkan potongan limau tersebut ke dalam taugeh yang telah direndam dalam air. Taugeh akan tetap segar untuk digunakan selepas itu.

Anda juga boleh memasukkan beberapa keping asam keping (asam gelugor) dan sedikit garam ke dalam taugeh yang telah di rendam dan boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Taugeh akan tahan hingga seminggu dan masih boleh digunakan.

· Membuat penkek
Ada dua gaya penkek iaitu yang tebal gaya amerika dan gaya inggeris yang agak nipis. Penkek pada umumnya dimakan sebagai hidangan untuk sarapan. Pukul telur, tambahkan susu, kulit limau dan mentega cair. Gaul rata. Masukkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan.

Panaskan kuali dadar, sapukan dengan minyak, taruhkan lingkaran acuan di atas kuali dadar dan tuangkan adunan ke dalamnya.

Masak hingga setengah matang, angkat lingkaran acuan dan biarkan penkek masak. Angkat. Hidangkan dengan menyiram madu atau disapu mentega dan jem.

· Mengolah daging ayam/itik/burung
Daging unggas memang senang dijangkiti oleh bakteria salmonella. Jadi pengolahan yang betul perlu dibuat semasa mengenadalikannya.

Buang kemasan bekas pembungkus daging.

Masak dengan seberapa segera setelah anda membeli daging tersebut terutama jika dibeli dalam keadaan tidak beku. Paling lama daging elok disimpan dalam suhu bilik ialah dua jam.

Daging unggas beku yang telah mengalami proses thawing (pencairan) perlu segera dimasak dalam selang waktu antara 24-48 jam. Proses thawing lebih elok dilakukan dalam peti ais pada suhu 5 darjah Celsius dibandingkan jika diletakkan begitu sahaja di ruang dapur atau direndam di dalam air.

Hindarkan memasak daging unggas pada suhu terlalu rendah (kurang dari 150 darjah Celsius) kerana mungkin suhu pada bahagian dalam daging belum mencapai 60 darjah Celsius. Ini adalah suhu minimum untuk mematikan bakteria salmonella.

Jika memanggang dengan ketuhar, panaskan ketuhar dulu sehingga mencapai 160-180 darjah. Letakkan daging bahagian dada menghala ke atas.

Setelah mengolah daging unggas, cuci tanah dan peralatan bersih dengan air panas bercampur sabun.

Jika menyimpan unggas, ganti dengan plastik yang baru, bukan plastik yang membungkusnya semasa daging itu dibeli. Cuci daging bersih-bersih dan bungkus dalam kertas aluminium atau plastik. Simpan di bahagian dingin beku.

Jangan simpan daging bersama hati atau mempedalnya.

Daging unggas yang disimpan beku dapat bertahan sehingga 6 bulan.

Daging unggas yang disimpan pada suhu -17 darjah Celsius boleh tahan hingga satu tahun.

· Sos santan
Santan kental untuk sos atau pelengkap masakan dan kuih muih yang cantik boleh dibuat dengan menyediakan larutan maizena (dari setengah sudu makan tepung maizena yang dilarutkan dengan sedikit air) untuk setiap 500 ml santan. Tambahkan tepung maizena jika jumlah santan lebih banyak. Jerang santan di atas api yang kecil sambil dikacau sehingga hampir mendidih. Tuang larutan maizena, kacau hingga mendidih. Hasilnya, santan akan licin, kental tanpa sebarang gumpalan.

· Pergedil tauhu

Kukus sekilo tauhu putih hingga kenyal. Angkat dan lap hingga kering. Haluskan bawang putih, lada putih dan garam secukupnya. Haluskan tauhu lalu campur dengan bahan bawang tadi hingga rata. Masukkan hirisan daun saderi, bawang goreng dan satu biji kuning telur yang sudah dipukul. Gaul hingga rata. Bentukkan adunan menjadi bulat-bulatan seperti pergedil. Celup dalam telur yang sudah dipukul. Goreng hingga kuning .angkat dan hidangkan panas-panas.

· Rahsia selera dan kekal berat badan
Limau nipis mempunyai kandungan asid yang sangat tinggi untuk membakar lemak dalam tubuh badan sekaligus membuat seseorang itu menurunkan berat badannya.

Petua membeli limau nipis :-

Pilih limau nipis yang baik berdasarkan kulitnya. Kulit limau yang baik berwarna hijau gelap. Kulitnya elok, tidak rosak dan keras. Jangan menekan kulit limau dengan jari kerana kulitnya nipis sahaja. Limau akan rosak.

Ambil sebiji limau dan tinbangkan di atas tapak tangan. Jika terasa berat bererti kandungan airnya tinggi.

Limau nipis yang kulitnya berwarna hijau kekuningan biasanya tidak mengandungi biji.

Limau nipis yang belum dipotong boleh disimpan di tempat buahan-buahan dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Tetapi jika disimpan ditempat salad di dalam peti ais, ia boleh bertahan sehingga 3 minggu.

Limau nipis yang telah dipotong juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan membungkusnya di dalam plastik pembungkus.

Kandungan zat pemakanan limau nipis :-
Kandungan asidnya sangat tinggi. Oleh itu ia sering digunakan dalam sajian mentah seperti untuk daging dan ikan mentah.

Ia juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan dan boleh digunakan sebagai bahan perasa.

Ia mampu membakar lemak-lemak yang boleh menurunkan berat badan seseorang. Walau bagaimanapun ia tidak sesuai untuk perkembangan mental kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah lupa.

· Cara menyimpan makanan separa masak
Kini banyak dijual makanan separa masak untuk kemudahan bersama.

Cara yang betul untuk menyimpan makanan sebegini ialah dengan menyimpan makanan tersebut dalam tin atau berbungkus ditempat yang kering, sejuk dan gelap. Keadaan basah akan membuatkan in berkarat. Suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan jenis ini ialah 9-10 darjah Celsius.

Makanan dalam botol seperti jeruk atau jem dan kaya perlu disimpan di tempat sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkannya. Ia juga hendaklah disimpan di dalam peti ais setelah botol dibuka.

Mentega dan marjerin perlu disimpan dan diungkus ketat sebelum disimpan didalam peti ais.

Petua Dapur

.Hilangkan lendir ikan air tawar
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga
bersih. Selamat mencuba!

.Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.

.Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.

.Hindari Kumbang Beras
Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.

.Hilangkan lemak ayam

Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya…

.Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

.Mengembalikan kesegaran sayur
Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi.
 .Melembutkan daging
Ambil sekumit akar daun pandan dan rebus sekali dengan daging.Ini akan mempercepatkan proses daging menjadi lembut.

.Nasi Lemak sedap dan enak
Masa masak nasi dan santan masukkan gula dan majerin sekali.Kalau nak sedap lagi masukan daun pandan sekali atau sebatang serai..

.Masak sardin lebih sedap
Goreng ikan sardin sebelum dibuat sambal sehingga garing dengan menggunakan api yg sederhana.Kemudian barulah goreng semula bersama cili tumbuk.
Insyallah anda lebih berselera.

.Menghilangkan rasa masin dalam gulai
Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.

.Membersih kerang
Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.

.Menghilangkan bau hamis di kuali
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.

.Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam – 1 pain air)..

.menghilangkan rasa pijar (pedas) ditangan kerana lada

ramas-ramaskan tangan di dalam beras …
insya’allah.. rasa pijar tu akan hilang.

.Bawang putih

Kalau kita kena kopek bawang putih byk .. cara terbaik nak elak tangan rasa pijar ialah dgn merendam bawang putih dlm semangkok air.. sebentar.. biar kulit bawang tu kembang sket.. selain tangan tak pijar.. kulit pun mudah tanggal…
kalau ada yg suka mengisar bawang putih dan di simpan di dlm petisejuk.. mesin kering dan masukkan sedikit minyak makan.. bawang putih mesin anda tadi akan tahan lama

.Cili kering yg di mesin tahan lama

cili kering di mesin bersama sedikit minyak dan bukan ngan air, dah tu masukkan sedikit garam. baru di masukkan dlm bekas dan di simpan dlm petisejuk… kekadang tu tak masuk dlm petisejuk tuk sehari dua pun takde apa2 cili tu.

.Menghilangkan pahit peria

Ramai yg tak suka makan sayur peria kerana rasa peria yg memang pahit. cara untuk mengurangkan pahit peria ialah dgn memotong peria buang bijinya dan peria tadi di gaul dgn garam dan biarkan sebentar sebelum peria2 itu diramas2 sedikit.
cuci untuk menghilangkan garam tadi dan bolehlah di masak.
Insya’allah.. rasa pahit peria akan berkurangan.

.Nangka Muda

Untuk mengelakkan nangka muda yg di rebus tidak birat warnanya.
Semasa merebus, jgnlah menutup periuk rebusan ngan tudung periuk.
Insya’allah, rebusan nangka tadi tidak akan berwarna birat.

PANDUAN PILIH AKAN, SOTONG & KETAM

Bagi surirumah yg nak beli sotong, ni petua nak pilih yg segar. Sotong ni biasa akan ada 2 warna. Satu kulit dia merah, satu kulit dia belum merah lagi. Sebenonya sotong ni masa hidup dlm laut, dia warna jernih, transparent. Blh nampak segala isi perut, mcm kaca. Ni betul2 segar la kan. Bila dia mati, isi jadi putih, kulit tukar dot-dot kelabu. Ni kira segar lagi. Bila dah lama mati, dia tukar jadi merah. Tu kualiti dah kurang. Klu dah tanggal kulit tu lagi la tak segar.

Bagi ketam lak, pilih yg betina. Byk isi. Yg betina bhg belakang bentuk segitiga. Tu tempat dia letak telur nanti. Yg jantan bentuk kon, susah kemain nak bukak tu. Bila gi pasar, buka segitiga atau kon tu. Cium ngan idung, kalau bau busuk jgn beli. Kalau hanyir skit2 kira fresh la tu. Peh tu tekan skit bila buka kon/segitiga tu. Klu lembik bebeno tu tanda dah lama. Yg lama ni bila masak isi dia hancur.

Ikan lak, bukak insang dia. Bila merah cam gincu cik kiah tu, kira fresh la. Klu lebam cam gincu minah rempit, kira dah lama & tak fresh.

Gitu lah petua utk mak-mak, makcik-makcik dan tukang masak suami tu…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ikan gelama bukanlah merupakan ikan yang dikategorikan sedap untuk dimasak. Seperti ikan talang dan duri, gelama mempunyai isi yang tawar. Ia hanya sedap bila dibuat ikan masin. Bagi yang tidak meminati ikan masin, En. Omar menurunkan petua berkenaan gelama ini. Beliau menyarankan ikan disiang dan dibelah dari belakangnya. Setelah dibasuh, tabur garam dan biarkan semalaman di dalam peti ais. Selepas itu bolehlah dimasak samada digoreng, buat asam pedas dan sebagainya kerana rasa isi ikan sudah berubah. Selamat mencuba.

 

PETUA LAMA UNTUK KESIHATAN

Petua Kecantikan Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Panduan Hari Ini
Dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Tidak (sempurna) iman seorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri

Penawar Resdung.
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar…

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah toma to dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut.
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit ai r. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik, Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid.

Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannyasebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting[/b]
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

1. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

[b]
Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi[/b]
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

[b]Tegangkan Payudara

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin.[/b]
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

[b]Menghilangkan Bau Mulut[/b]
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

[b]Menghilangkan Lebam Mata

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

[b]Menghilangkan Sakit Kepala[/b]
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.