Archives

Testimoni (sambungan 3)

PERINGATAN: TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA (copy/paste atau yang seumpamanya) SEBARANG TESTIMONI DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKOMERSIALKAN SEBARANG PRODUK TANPA KEBENARAN

LEMAH TENAGA BATIN
Pasal ni Nor takmau ulas dengan lebih lanjut tapi dari respon direct customer Nor yang Nor cadangkan guna MAHER (madu herba), respon mereka amat memberansangkan & pasti ada repeat order. Ramai sangat pengguna Maher yang berpuashati. Kalan nak kesan yang lebih cepat & efektif, gunakan bersama Minyak Habbah. Minyak Habbah disapu setiap pagi atau malam (atau pagi & malam) pada zakar. InsyaAllah amat mujarab. Kepada para isteri yang seringkali kecewa tetapi tidak sampai hati nak beritahu suami tentang masalah ni, bolehlah belikan Maher & minyak Habbah. Sebab, Maher bukan saja untuk lemah tenaga batin semata-mata tetapi untuk menjaga kesihatan badan secara total (keseluruhan) & jika ada penyakit, ia juga boleh merawat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi dengan izin Allah

PENYAKIT ANGIN PASANG
Ada seorang ibu yang membeli minyak Habbah kerana bayinya diserang angin pasang dan selepas itu memberitahu bahawa anaknya telah sembuh dengan izin Allah. Hanya di sapu pada zakar anaknya

Untuk keterangan lanjut atau untuk mendapatkan produk, bolehlah hubungi saya dengan email nor_samsudin@yahoo.com (kalau boleh, letakkan tajuk “Madu Sawda” untuk elakkan daripada saya terpadam/delete kerana terlalu banyak junk mail/spam) atau hubungi 0194518830 (seeloknya di luar waktu pejabat atau pada hari cuti Jumaat/Sabtu/cuti umum) atau FACEBOOK “KHAZANAH PERUBATAN ISLAM”

Madu Sawda & Testimoninya (sambungan-2)

PERINGATAN: TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA (copy/paste atau yang seumpamanya) SEBARANG TESTIMONI DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKOMERSIALKAN SEBARANG PRODUK TANPA KEBENARAN

STROK (sebelah badan)

Baru-baru ni ayah pergi beli stok Masad Gold & ABS dalam kuantiti yang banyak. Nor sesaja tanya siapa yang nak makan. Ayah kata bekas bos ayah… Rupanya bos ayah baru2 ni kena strok hingga herot (cakap utara) sebelah muka. Dengan izin Allah, lepas makan Masad Gold & minum ABS, ayah kata bos tu dah sembuh sepenuhnya. Muka pun dah tak herot lagi…dah macam semasa sihat dulu. Alhamdulillah sekarang beliau masih terus beramal dengan Masad Gold dan ABS

TONSIL

Awal tahun ini saya disambut dengan demam tonsil. Patut la demam lebih dari sehari (sebab selalunya saya demam sehari je…2-3 tahun sekali)… Sebelum tu saya terputus bekalan madu lebih dari 3 bulan kerana terlalu sibuk dengan proses tukar tempat kerja dan busy di hujung tahun. Masa demam tu bekalan masad pun dah habis. Pergi hospital dapat MC 2 hari. Doktor tu pun seakan terkejut tengok kerongkong saya…Nak telan air liur pun perit sangat..Tiba2 teringat Nigellan (minyak habbatussawda asli) yang masih ada disimpan. Saya titik 5 titik bawah lidah. MasyaAllah, bukan tipu2, dalam tak sampai setengah jam pun keperitan tu beransur kurang. Saya ulang titis sehari 3 kali dengan izin Allah keesokan harinya sembuh! Lepas tu Fatin mengadu nak telan air liur sakit sampai dia takmau minum susu. Pujuk punya pujuk, dia setuju dititik nigellan ke mulut dia. Alhamdulillah berkurang dan tak sampai sehari dia kata dah tak sakit. Itulah janji Allah. Syukur pada Allah menyembuhkan

*Saya hairan kenapa orang Islam yang mengaku percaya Rukun Iman yang 6 (mengaku beriman/percaya pada Rasul & Al-Quran) tapi tak yakin apa yang disebut sebagai penawar dalam Al-Quran dan Hadith. Percaya ke tidak sebenarnya ni…Apa yang saya tekankan di sini bukan untuk saya seorang…bukan untuk mengejar keuntungan…belilah dari siapapun saya tak kisah asalkan anda semua bertukar kepada penawar yang disebut dalam Al-Quran/Hadis.

Untuk keterangan lanjut atau untuk mendapatkan produk, bolehlah hubungi saya dengan email nor_samsudin@yahoo.com (kalau boleh, letakkan tajuk “Madu Sawda” untuk elakkan daripada saya terpadam/delete kerana terlalu banyak junk mail/spam) atau hubungi 0194518830 (seeloknya di luar waktu pejabat atau pada hari cuti Jumaat/Sabtu/cuti umum) atau FACEBOOK “KHAZANAH PERUBATAN ISLAM”

Madu Sawda & testimoninya (sambungan-1)

PERINGATAN: TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA (copy/paste atau yang seumpamanya) SEBARANG TESTIMONI DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKOMERSIALKAN SEBARANG PRODUK TANPA KEBENARAN

Assalamualaikum…

Selepas nor paparkan testimoni nor, keluarga, saudara mara & kenalan pada artikel yang lalu, kini tiba masanya untuk Nor berkongsi testimoni baru. Seperti biasa Nor lebih berpuas hati berkongsi testimoni orang-orang terdekat Nor atau direct customer Nor .

Ketumbuhan otak:
Pada 15/2/2010 yang lalu Nor terima panggilan email dan sms dari seorang customer dari Brunei mohon suggest prdouk untuk bakal suami yang sedang terlantar di hospital akibat ketumbuhan otak. Doktor dah scan dan beritahu pesakit perlu dibedah. Pada mulanya, ibu pesakit bersetuju dibedah, tetapi bila mendengar berita terbaru ada pesakit mati selepas dibedah, mereka memutuskan untuk tidak dibedah & cuba beramal dengan Madu Sawda. Jadi Nor suggest Masad & ABS (minuman gantian kepada teh, kopi berkafien dll). Setelah makan berterusan, baru2 ni Nor hantar sms bertanya khabar pesakit tersebut…Alangkah gembira dan terharunya Nor apabila diberitahu bahawa pesakit tersebut dah sihat dengan izin Allah dan cuma kadang saja sakit kepala bila banyak kerja, tak macam dulu sukar nak bangun & dah ada perubahan ketara & muka pun tak nampak macam sakit lagi & dia tambah order lagi. Mudah2an bulan 8 nanti dapat result scan yang baik.

*Alhamdulillah, menurut kata bakal isteri pesakit tersebut, doktor mengatakan tumornya telah mengecil dan tak serius dan tak perlu dibedah.

Demam panas mengejut+sakit sendi+pening kepala (simptom Chikunguya) :
Baru2 ni secara tiba2, Syasya (anak sulung Nor) demam panas mengejut & dia tunjuk dia sakit bahagian sendi2 tangan dan kaki & rasa pening kepala. Nor check dalam internet seolah2 risiko demam Chikunguya. Nor nekad taknak bawa ke klinik/hospital walaupun dimarahi adik kerana degil takmau bawa anak ke klinik memandangkan demam yang terlalu panas. Nor kata Nor tetap yakin dengan penawar yang disebut dalm Quran/Hadis. Selepas diberi Masad sesudu kecil panas badan Syasya semakin kurang. Nor bagi lagi 2 dos Masad beberapa jam kemudian. Dan tak sampai 24jam pun, Syasya dah 100% sembuh tanpa sebarang ubat, dengan izin Allah.

Demam Panas (bayi berusia 2 minggu):
Baru2 2,3 hari lepas, kawan sekerja bagitau Nor, bayi adiknya yang baru berusia 2 minggu masuk hospital sebab demam panas. Doktor minta sign surat kebenaran untuk ambil air tulang belakang. Kebetulan si kakak pernah beramal dengan Masad. Dia minta pendapat Nor & kawan2 lain & kami minta jangan diambil air tulang belakang. Kakaknya menyarankan si adik beri masad kepada bayinya & dengan izin Allah, panas badan bayinya dah semakin kurang & selepas dos kedua, bayinya dah sihat dengan izin Allah.

*P/S: Benarlah janji2 Allah…Nor amat sedih bilamana, kita semua mengaku beriman dengan Allah, Rasul & Al-Quran, tapi tak yakin dengan apa yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis. Kenapa masih sangsi nak guna penawar yang disebut dalam Al-Quran & Hadis?

Untuk keterangan lanjut atau untuk mendapatkan produk, bolehlah hubungi saya dengan email nor_samsudin@yahoo.com (kalau boleh, letakkan tajuk “Madu Sawda” untuk elakkan daripada saya terpadam/delete kerana terlalu banyak junk mail/spam) atau hubungi 0194518830 (seeloknya di luar waktu pejabat atau pada hari cuti Jumaat/Sabtu/cuti umum) atau FACEBOOK “KHAZANAH PERUBATAN ISLAM”

Produk kesihatan Perniagaan Qurba Sdn Bhd-berasaskan Quran & Hadith

Di sini Nor juga ingin mempekenalkan produk dari Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. yang Nor rasakan hebat iaitu Khal Tamar dan Madu Minda. Produk-produk ini diramuankan berdasarkan Al-Quran & Hadith serta dari Kitab Perubatan Islam zaman dahulu. Seperti yang kita sedia maklum, bagi umat Islam, Al-Quran adalah kalamullah manakala hadith ataupun Sunnah ialah segala perkataan, perbuatan atau pengakuan Nabi. Rasulullah ialah penyampai wahyu daripada Allah. Firman Allah: Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada tuhanmu (al-Maidah: 67). Baginda juga merupakan penerang al-Quran. Jadi, Nor yakin ubat yang terbaik bagi kita umat Islam adalah ubat (penawar) yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith kerana Allah Maha Mengetahui…Dialah yang menciptakan kita.. Al-Quran & Hadith ditinggalkan untuk kita umat Islam….

Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik penuh usahawan bumiputera Islam yang pertama sekali di Malaysia membuat kajian mendalam khusus terhadap herba Khazanah Perubatan Islam. Pengarah urusan Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. ialah Ustaz Haji Abdul Jamil bin Haji Ahmad.

Ahli Lembaga Pengarah :
i : Ustaz Abdul Jamil Bin Ahmad
-B.A (HONS) Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
-Diploma Pendidikan Islam (DIP.AD.MPI)
-Ijazah Perubatan Islam oleh Prof. Dr. Harun Din Darussyifa’ B.B Bangi, Selangor.
-Ijazah Perubatan Islam Ahlussyifa’ , Bandong Indonesia
-Ijazah Institut of Colour Vibration Theraphy German Malaysia Scientific Ideas (GMSI)
-Persatuan Doktor Homeopati Malaysia
ii : En. Suhaimi Bin Ahmad – BBA (HONS) UUM

Perniagaan Qurba Sdn Bhd menjadikan Al-Quran, hadis nabi S.A.W. dan kitab ulamak perubatan Islam sebagai rujukan utama dalam usaha mengeluarkan produk kesihatan untuk dipasarkan seterusnya digunakan oleh semua pengguna muslim di seluruh negara.

Produk-produk makanan kesihatan dari Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. adalah berteraskan kepada Khazanah Perubatan Islam. Ia mempunyai identiti yang tersendiri. Produk yang dikeluarkan ini telah melalui kajian berdasarkan kitab-kitab Ulamak Perubatan Islam yang digabungkan dengan Nas dari Al-Quran, dalil dari hadis serta pendapat ulamak perubatan Islam. Kebanyakan daripada produk yang dikeluarkan adalah daripada gabungan herba yang pernah diamalkan sejak zaman sebelum nabi Muhammad S.A.W. lagi hinggalah ke hari ini. Kesemua herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan manusia sehingga kita dapati perubatan Islam berkembang maju di awal abad kedua dan ketiga hinggalah pihak barat turut mengambil peluang dari kehebatan perubatan ini.

“Faqeh” Madu Minda

faqehmadu“FAQEH” Madu Minda adalah makanan kecerdasan minda, membina akal yang cemerlang. Memahami tentang kepentingan akal anugerah Allah yang terpenting kepada manusia, maka syarikat kami “PERNIAGAAN QURBA” berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan minda yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Sunnah, Kitab Ulama, Perubatan Islam serta semua saluran maklumat moden terkini.

Kami menemui dua belas nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. inilah dua belas rahsia kenapa Ulama Islam terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu hadis sejak kecil serta bijak beriitihad. Dua belas bahan makanan ini kami gabungkan bersama madu asli bermutu dari negara Islam kami Iran dalam bentuk cecair madu, tanpa sebarang bahan pengawet. Madu ini sedap dan mudah dimakan oleh kanak-kanak membesar dari satu tahun hingga orang dewasa lanjut usia.

KHASIAT “FAQEH” MADU MINDA

Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Untuk pelajar rendah, menengah, universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing. Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

Dalam risalah kecil ini, kami hanya membawa dalil atau nas ringkas dua belas bahan makanan kecerdasan minda yang mana kesemuanya dirujuk dalam kitab-kitab Ulama Perubatan Islam.

KETERANGAN RINGKAS SETIAP 12 BULAN

1. عسل – ASAL (MADU LEBAH)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 – 69.

Maksudnya : “………..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

Dalam kitab, “ الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :

Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.

Kami memilih madu dari Republik Islam Iran, kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaiton, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut alam Al-Quran dan kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak.

2. زعفران – ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)
Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

3. سعد – SU’DUN (AKAR TUMBUHAN)
Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

4. كرفس – KARAPS (BIJIRIN)
Dalam kitab “ طب النبى ”, m.s. 47. Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw :

كلو ا الكر فس فانه يورث الحفظ وهو طعام الخضر

Maksudnya : “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps:

عليكم بالكر فس فانه لو كان نس يويد فى العقل فهو

Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps.”

5. زنجبيل – ZANJABIL (UBI TUMBUHAN)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18, Maksudnya : “…..mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”
Dalam kitab “ طب اللأنمة ” m.s 388 dan Kitab “ طب الامام الرضا ” m.s 121, menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141 – 203H) mengatakan bahawa :

من أراد يقل نسيانه يكون حافظا فلماكل كل يوم تلاث
قضع زنمبيل مربي بالعسل ويصطبغ بالحز دل مع طعامه في كل يوم

Maksudnya : “Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

6. خردل – KHARDAL (BIJIRIN)
Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil bersama madu pada setiap hari.

7. قرنفل – QARANFUL (BUNGA)
Dalam kitab “ طب اللاء مام الصادق ” m.s 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.h), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.h), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu :

عن ابي البصير قال فلت للصادق كيف نقدر على العلم الذى فر عتموه لنا فقال
جذ وزن عشر دراهم قرنفل ومثلها كندر ذكر ودقهما ناعما ثم استف على الويق كل يوم قليلا

Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari”.

8. لبان – LUBBAN (GETAH POKOK)
Lubban disebut juga sebagai kundur zikri “ كندر ذكر ” seperti dalam kenyataan Imam Ja’afar (r.h) pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “ طب النبوى ”, m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w):

يرى عن على أنه قال لرجل شكا اليه النسيان عليك باللبان
فانه يشجع القلب ويذهب السيان

Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali (k.w) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”

9. نعناع – NA’NA (DAUN)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya “ دليل المعالجين بالقر ان الكريم ” m.s. 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan :

نعلى النعناع ونضع عليه بعد تجليته بعمل مبع قطران من زيت الحبة السو داء
ويشرب دافتا ويكون مقروءا فيه ايات الوقية 7 مرات وايات الشفاء وسورة يس

Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda’ diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.”

10. حبة السوداء – HABBATUS SAUDA’ (BIJIRIN)
Kegunaan Habbatus Sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9, di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda :

من حديث أبي سلمة رضى الله عنه أن رسول الله قل عليكم
هذه الحبة السوداء فان فيها شفاء من كل داء الا السام

Maksudnya : “Daripada hadis Abi Salamah (r.d) bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati.”

11. عدس – ADAS (BIJIRIN)
Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab “ طب الأيمة ” m.s 389 menyebutkan :

وفي بعض الأخبار يورث الحفظ أكل اللحم مما يلي العنق وأكل
الحلوى والعدس والخبر البارد وقراءة اية الكرسى

Maksudnya : “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu) makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat al-kursi”.

12. زبيب – ZABIB (BUAH)
Dalam kitab “ طب النبوى ” oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s 241, menyebutkan bahawa :

قال الزهري من أحب ان يحفظ الحديث فليا كل الزبيب

Maksudnya : “Imam Al-Zuhri berkata : Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.

DIANTARA RUJUKAN KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM

Dan Kitab-kitab Perubatan Islam yang lain yang tidak dapat kami senaraikan dalam risalah yang ringkas ini.

Sebelum makan hendaklah diniat untuk kecerdasan minda demi beribadat kepada Allah. Membaca solawat kepada Nabi saw serta keluargaNya dan membaca Surah Al Fatihah.

Empat nasihat Imam Shafie (r.h) untuk menambahkan kecerdasan akal :-
1. Meninggalkan cakap-cakap kosong
2. Menggunakan siwak (kayu sugi).
3. Duduk bersama majlis orang-orang soleh.
4. Duduk bersama majlis ulama’.

Harga: Semenanjung Malaysia RM 43.00

Khal Tamar-Makanan Kesihatan Sunnah

khal

Bersabda Rasulullah S.A.W.,

” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Rahsia orang Arab mampu makan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit- penyakit berbahaya.

KHAL TAMAR PLUS merupakan penyembuh penyakit digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol, dan obesiti (kegemukan).

PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI, DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG, DLL.

Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat.

Risalah ringkas KHAL TAMAR Plus ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.

APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

KHAL yang dihasil dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. (PQSB) ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL

Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan
( نعم الاءدام الحل ) Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.

Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)

PERHATIAN!
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw “ ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.

Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud “Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan,” Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambaNya.

SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.

Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah) ” نعم الأدام الخل يكس المر ويحيي القلب “
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) ” طب الأمأم علي ” oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 – 325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 – 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB ( القانون فئ الطب ) TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 – 909.

Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, ( صيدلية ابن سنا ) , Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 – 727)

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 – 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI ( طب النبوى ) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.

Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI

KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.

RAHSIA KELEBIHAN KHAL, SATU PENGALAMAN YANG MENGKAGUMKAN MELIHAT “ORANG ARAB DAPAT MAKAN KAMBING SEEKOR HANYA UNTUK DUA TIGA ORANG SAHAJA”

Penulis mendapat rahsia kenapa orang-orang Arab dapat memakan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja dan memakan ayam seekor seorang. Keadaan ini menjadi kebiasaan harian bagi orang Arab. Pengalaman aneh ini dilihat sendiri oleh penulis semasa belajar di Universiti Al-Azhar pada tahun 1983 dan menemui rahsia cara membuat KHAL serta herba yang diperlukan bagi mengelak kesn buruk dari makanan yang berlebihan seperti yang dinyatakan dalam risalah ini.

KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?
PQSB memilih buah tamar untuk dibuat KHAL kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:

Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

KHAL DAN MADU
Produk KHAL keluaran PQSB ini dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65 – 69)

KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

KETERANGAN KANDUNGAN
KHAL TAMAR PLUS yang dihasilkan PQSB terdiri dari:
1. Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran.
2. Satu bekas HERBA-HERBA PILIHAN dari Khazanah Perubatan Islam.
3. Untuk diminum selama satu bulan (botol 1 LITER).

Harga: Semenanjung Malaysia RM 90.00 (1 liter)
RM 55.00 (500 ml)

Madu Sawda & testimoninya

PERINGATAN: TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA (copy/paste atau yang seumpamanya) SEBARANG TESTIMONI DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKOMERSIALKAN SEBARANG PRODUK TANPA KEBENARAN

keratan akhbarAssalamualaikum.
Kawan-kawan, nor bukan nak promote pasal madu sawda ni sangat, tapi nak tunjukkan bukti kehebatan salah satu benda yang disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadith & perlunya kita mengamalkan sunnah nabi. Malangnya ada sebahagian sunnah yang diperlekehkan (nau’zubillah) oleh segelintir orang…sedangkan telah banyak bukti saintifik telah dibuktikan dari setiap sunnah tersebut.

Kawan-kawan,
Sebenarnya sebelum ni pun nor dah lama tercari-cari madu sawda. Betul, bila kita tercari2 sesuatu yang baik, pastinya Allah akan permudahkan. Tapi sebelum tu, nak bagitau kawan-kawan , kajian Barat telah mengakui Madu & Habbatussawda bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungal (kulat), anti kanser, anti tumor, anti oksida & anti radang…MasyaAllah, dalam Quran & Hadith dah lama sebut. Al-Quran & Hadith sentiasa mendahului zaman, kan..(rujuk Utusan Malaysia 14/8/2009 muka depan, ada sebut pasal kajian kerajaan Arab Saudi menunjukkan Habbatussawda boleh cegah H1N1)

Nak dijadikan cerita, sorang kawan mengajak nor pergi ke satu program motivasi & dari situ nor kenal produk madu sawda keluaran PRM Global Vision Snd Bhd ni. Semasa dah jadi ahli, ada seorang kawan baik nor menceritakan isterinya diserang sakit mental yang agak serius…. Setelah dirawat di hospital mental di Jalan Perak, Pulau Pinang tetapi tiada perubahan & malah keadaannya semakin serius…tangan terketar-ketar seperti orang parkinson, mata hanya tengok depan, air liur meleleh tanpa henti, dan percakapannya langsung tidak difahami. Adakalanya meracau sehingga terpaksa diikat kaki tangannya hingga doktor menyarankan dibuat Electroconvulsive Therapy (ECT) iaitu kaedah menyalurkan elektrik ke otak pesakit. Si suami telah menandatangani surat kebenaran terapi elektrik tersebut tetapi atas nasihat Nor dan ramai saudara maranya si suami akhirnya membatalkan kebenaran tersebut dan membawa isterinya pulang untuk rawatan dengan cara lain. Sebelum ini pun sudah 3 tahun isterinya diserang penyakit tersebut dan tidak seteruk baru-baru ini. Si suami juga lebih percayakan produk buatan luar terutamanya dari barat. Nor cuba meyakinkan si suami supaya mencuba madu sawda ni & minta dia yakin dengan apa yang disebut dalam Al-Quran & Al-Hadith. Akhirnya setelah dipujuk, si suami setuju. Selepas hanya 2 hari mengamalkan madu sawda “Masad” si suami dengan nada gembira menelefon Nor & menceritakan perubahan isterinya yang sudah boleh bercakap dan pada hari ke-3 dia membawa Nor berjumpa dengan isterinya…Maha Suci Allah, Nor amat terkejut dengan perubahan sebelum dan selepas mengamalkan madu sawda itu. Isterinya baru masuk hari ke-3 menggunakan madu sawda tetapi sudah boleh bercakap. Si isteri tidak lagi terketar–ketar & sudah mampu mengucapkan terima kasih kepada Nor dan mengucapkan Alhamdulillah juga… Nor hampir menitiskan airmata gembira melihat keadaannya & semakin hari semakin ketara perubahan positifnya itu. Itu hanya bukti yang nor lihat sendiri…

Bukan itu saja, di antara pengakuan customer Nor sendiri, ada yang mengakui masalah sakit puan yang dideritai selama 10 tahun telah 99% sembuh, anaknya yang 2 bulan tak pergi sekolah sebab sakit kepala pun dah sembuh, ada customer yang selama ini terpaksa bergantung ubat klinik untuk sakit darah tinggi dah capai tahap normal lepas amal sebotol madu Masad sehingga doktor panelnya sendiri terkejut sebab sebelum ni tak pernah turun, yang mengakui anaknya dah kurang demam/batuk/selesema, yang mengakui dah sembuh dari alahan, yang mengakui tiada lagi masalah jerawat, tiada lagi senggugut yang dideritai selama 10 tahun, tiada lagi keputihan yang tak normal, yang mengakui badan rasa lebih sihat/kuat, kerja tak rasa letih…Yang terbaru, saudara Nor yang mengidap lelah (athma) yang terpaksa guna inlealer tiap kali serangan athma tu dah sembuh dengan izin Allah lepas amal sebotol Masad. Banyak lagi testimoni customer ahli PRM yang lain yang tak terjangkau dek akal tetapi terbukti dengan izinNya.

Jadi, Nor rasa semua ini patut dikongsi bersama kerana mungkin 1 hari nanti kita akan berjumpa dengan sesiapa yang memerlukan maklumat seperti ini. Lagi satu, pahala pun dapat bila menggalakkan orang ramai mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. Jangan kita sangsi dengan penawar (ubat) yang disebut dalam Quran dan Hadith ni, kerana Al-Quran diturunkan untuk kita…hadith ditinggal Nabi s.a.w yang tercinta juga untuk kita, dan tentulah yang terbaik disebutkan sebagai penawar untuk kita umat Islam…
*********************************************
Ini pula testimoni Nor sendiri & keluarga.
Penggunaan Masad :
1. Sebelum ni Nor ada masalah kencing kotor dan sering merasa sakit di dalam pinggang (masalah berkaitan buah pinggang). Hari pertama menggunakan Masad Gold pada jam 6.30 pagi. Ketika pukul 10 pagi hari yang sama, Nor rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dalam pinggang…Rasa macam buah pinggang diramas-ramas…Rasa macam nak beranak pun ada…Memang sakit sangat…Masa solat pun kena solat duduk sebab tak boleh rukuk. Keesokan harinya sakit tersebut semakin berkurangan dan lebih kurang seminggu ianya hilang dengan izin Allah dan pinggang terasa ringan.

2. Adik Nor tak mahu makan madu. Dia bekerja dan selalu pergi ke tempat awam seperti bank dan lain2. Satu hari dia balik kerja dan terus tidur sebab demam selesema. Badannya panas dan mengadu sakit2 badan. Oleh kerana mengalami simptom H1N1, nor teringat bahawa Madu dan Sawda bersifat antivirus dan terus paksa dia makan Masad dan telan pil Habbatussawda (Halagel) 2 biji pada petang itu juga dan selepas sejam dia kata badan dia tak panas lagi.Dia teruskan makan Masad diikuti tengah malam dan pagi keesokan harinya. Dengan izin Allah esoknya dia sihat semula.

3. Anak Nor (Fatin-2 tahun) demam selesema, nor tak bagi langsung dia makan ubat klinik. Nor hanya bagi madu sawda (MASAD), sehari 3 kali, Alhamdulillah dia sembuh keesokan harinya. Lepas tu Syasya (3 tahun) pula demam…Sama juga, Nor tetap tak bagi dia makan ubat, hanya bagi makan madu…Dengan izin Allah sembuh juga.

4. Semasa selesema Nor makan Masad sehari 2 kali (pagi & malam) & tidak mengambil sebarang ubat klinik/farmasi. Dengan izin Allah, selepas 2 hari dah sembuh sepenuhnya.

5. Sebelum amal produk PRM, Nor ada masalah rabun silau (juga dah disahkan bila check di kedai cerminmata). Masa tu dok berkira2 nak buat spec laaa tapi kewangan masa tu tak berapa mengizinkan. Lepas sebulan amalkan Masad Cafe & madu Masad , Nor pergi check di 2 buah kedai yang berlainan, dengan izin Allah dah tak ada sebarang masalah rabun. Ini juga diakui oleh seorang ahli PRM yang juga mengamalkan Masa Cafe & madu Masad. Dia kata power spec dia dah kurang & tak perlu pakai spec lagi.

6. Mak pun kata sejak beramal dengan Masad Cafe & madu Masad, mak dah tak kejang kaki lagi (orang Kedah cakap tarik mengkarung).

7. Ini testimoni yang terbaru, beberapa hari lepas, anak Nor tiba2 demam panas mengejut, mengadu sakit di setiap sendinya dan mengadu pening. Bila search dalam internet, ianya menyamai demam chikugunya. Nor nekad tidak mahu membawanya ke hospital/klinik & yakin dengan penawar yang dimuliakan Allah. Selepas beri masad 3 kali & dalam masa tak sampai 24jam, dengan izin Allah anak Nor sembuh. Itulah kebesaran Allah…

Penggunaan Minyak Habbah:
1. Anak Nor, Fatin yang berusia 2 tahun terhantuk di bucu katil kayu (jenis lama) hingga meninggalkan kesan lekuk yang amat dalam dan Nor pun sapu minyak tersebut beserta dengan selawat Nabi. Dengan izin Allah, lekuk tersebut hilang tanpa perlu di”demah/tuam”.

2. Hari pertama amalkan Maher, Nor & mak rasa sakit kepala dan sakit leher serta pening2. Mungkin “healing crisis” agaknya. Nor sapu minyak ni beserta selawat nabi. Dengan izin Allah, dalam masa tak sampai setengah jam, sakit tu hilang. MasyaAllah! Nor beritahu mak, mak pun cuba, kesannya sama juga, sakit tu hilang dengan izin Allah.

3. Adik Nor selalu batuk, Nor ada dengar ada kawan yang guna minyak Habbah untuk anaknya yang batuk dan lega dalam masa beberapa minit saja, jadi Nor sarankan padanya, dalam masa beberapa minit saja batuknya berhenti dengan izin Allah.

Penggunaan Kopi Masad (Masad Cafe) :
1. Nor , mak & tok merasa badan lebih bertenaga & segar sepelas mengamalkan Kopi Masad. Tok & mak kata hilang sakit2 badan. Mak juga kata kurang penyakit lupa. Semuanya dengan izin Allah.

2. Ayah Nor batuk berpanjangan dah lebih dari 10 tahun walaupun ayah bukan seorang perokok. Walaupun dah makan pelbagai jenis ubat (herba cina, akar kayu, ubat hospital dan lain-lain) tapi masih tak sembuh. Sehinggalah ayah minum Masad Cafe dicampur dengan sesudu ABS selama seminggu, ayah kata kekerapan untuk batuk dah semakin kurang. Jika batuk, ayah akan sapu minyak Habbah pada leher (bawah dagu hingga ke atas dada), dalam beberapa minit saja batuk akan berhenti. Syukur pada Allah.

Sejak kenal dengan produk PRM ni, insyaAllah Nor akan cuba elakkan dari makan/minum ubat-ubatan klinik/hospital (alopathy) kerana Nor yakin dengan Quran/Hadith yang menyebut madu dan habbatussawda sebagai penawar. Cuba anda fikir kenapa mereka yang bergantung kepada sesuatu ubat klinik/hospital (contoh: bergantung pada ubat darah tinggi) akhirnya akan mendapat penyakit berangkai, sedangkan penyakit yang dihidapi tak juga sembuh. Pengamal ubat kencing manis sepanjang hayat yang cukup menjaga kandungan gula dalam makanan/minuman akhirnya terpaksa dipotong kakinya juga….Kenapa?

Kawan-kawan, jika ditakdirkan kita dijangkiti sesuatu penyakit sedangkan kita telah dan sedang mengamalkan madu, InsyaAllah penyakit itu tak akan menjadi penyakit kritikal… Percayalah… Abu Hurairah r.a. meriwayatkan : Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, `Barangsiapa yang menjilat madu tiga pagi dalam sebulan, dia tidak diserangi penyakit teruk/kronik’ (dalam bulan tersebut)

Jadi, Nor rasa Nor dah temui produk kesihatan yang tepat! Syukur pada Allah

Lagi 1, kita jangan ada rasa was2 bila menggunakannya…contohnya terfikir boleh ke sembuh ni? takkan makan madu ja boleh lega? tak panas ke?…buangkan semua perasaan tu…Mengikut pengalaman dari kawan2, bila customer ada perasaan was2, potensi untuk sembuh itu kurang…Ibarat kita berdoa sambil lewa, adakah Allah akan kabulkan?

Baru2 ni Nor ada bercakap tel dengan orang lama dalam PRM, Nor tanya beliau ada tak dari customer beliau sendiri yang mengidap kanser tahap 3 atau 4 yang dah sembuh dengan izin Allah lepas amal masad…Beliau cakap ada, kanser payudara tahap 4 dan kanser otak tahap 3….sembuh dengan Izin Allah. Masa tu mereka berhenti makan sebarang ubat, pada minggu pertama makan masad gold (sesudu teh)+dengan Pati Madu Sawda (setengah sudu teh). Kombinasi tersebut dimakan 3x sehari. Selepas seminggu, dos kombinasi itu dikerapkan pengambilannya sebanyak 6x sehari (setiap 4jam). Dan beliau juga berpesan, semasa rawatan dengan masad tu, pesakit HANYA makan nasi (dibuang kanji-air didih) bersama garam bukit sahaja. Tiada lauk-pauk lain. Alhamdulillah sembuh 100% tanpa kemoterapi/radioterapi. MasyaAllah, mungkin itu adalah salah satu bukti janji2 Allah… Wallahu’alam

Salam Ukhwah,
NOR

P/S: Bagi yang ingin menjadi ahli PRM Global Vision Sdn Bhd, bolehlah menulis nama NOR SHAKILA SAMSUDIN (K20044) di ruangan PENAJA di dalam borang keahlian sebagai orang yang memperkenalkan produk ini kepada anda…Terima kasih…

Untuk keterangan lanjut atau untuk mendapatkan produk, bolehlah hubungi saya dengan email nor_samsudin@yahoo.com (kalau boleh, letakkan tajuk “Madu Sawda” untuk elakkan daripada saya terpadam/delete kerana terlalu banyak junk mail/spam) atau hubungi 0194518830 (seeloknya di luar waktu pejabat atau pada hari cuti Jumaat/Sabtu/cuti umum) atau FACEBOOK “KHAZANAH PERUBATAN ISLAM”

Produk kesihatan PRM Global Vision Sdn Bhd-berasaskan Quran & Hadith

keratan akhbarpro_mainAssalamualaikum kawan2…
Tujuan Nor mengetengahkan produk2 keluaran PRM Global Vision Sdn Bhd adalah kerana beberapa sebab:
1. Ingin mengetengahkan alternatif produk kesihatan berasaskan Al-Quran & Hadith
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan : Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, `Barangsiapa yang menjilat madu tiga pagi dalam sebulan, dia tidak diserangi penyakit teruk/kronik’ (dalam bulan tersebut) (p/s: H1N1 adalah salah 1 penyakit yang boleh menjadi kronik & boleh membawa maut)
2. Syarikat mengeluarkan produk berkualiti tinggi sambil mengamalkan amalan pengilangan cara Islam.
3. Sebagai mengagungkan Al-Quran & Hadith nabi s.a.w dengan keajaiban khasiat Madu & Habbatussawda yang banyak disebut di dalamnya.
“Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia”, (An-Nahl:69).
“Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda’ ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut”, (H/R: Bukhari)

Madu & Habbatussawda disebut sebagai PENAWAR (ubat) di dalam Al-Quran & Hadith. Al-Quran & Hadith diturunkan oleh Allah. Dialah yang menciptakan manusia. Jadi, Dialah yang Maha Mengetahui penawar yang terbaik untuk manusia ciptaanNya. Betul tak? BETULLL… Jadi, beramallah dengan penawar yang dimuliakan oleh Allah ini.

TAHUKAH ANDA ? Kajian Barat juga membuktikan bahawa Madu & Habbatussawda bersifat anti kanser, anti tumor, anti virus, anti bakteria, anti fungal, anti oksida & anti radang. MasyaAllah, dalam Quran & Hadith dan sebut lama dah. Al-Quran & Hadith sentiasa mendahului zaman,, kan..(rujuk Utusan Malaysia 14/8/2009 muka depan, ada sebut pasal kajian kerajaan Arab Saudi menunjukkan Habbatussawda boleh cegah H1N1). Bagi yang tak percaya juga lagi, cuba search dalam internet pasal khasiat Madu & Habbatussawda

Melihat dari usaha Dato’ Hashim Ismail yang berusaha gigih memartabatkan produk yang menggunakan Madu & Habbatussawda dari tahun 1984. Penghasilan produk juga disertai dengan bacaan doa penawar (jadi produk2 ini tidak boleh dilangkah). Hasil kombinasi semua gabungan tersebut, maka tidak hairanlah produk2 PRM Global Vision Sdn Bhd diakui keberkesanannya dengan izinNYA. Bayangkanlah bagaimana pesakit kanser paru-paru TAHAP 4 telah pulih sepenuhnya setelah mengamalkan MASAD, penyakit tumor otak yang telah disahkan doktor tiada harapan untuk sembuh bagai mati hidup semula, pesakit yang mengidap penyakit kencing manis yang sering digambarkan tiada ubat untuk sembuh telah kembali normal, pesakit strok telah pulih, pasangan yang berkahwin 8 tahun tanpa zuriat telah berjaya, pesakit buah pinggang kronik yang sedang dalam rawatan Hemodialisis juga beransur pulih, pesakit batu karang/batu hempedu tidak perlu dilaser/bedah dan banyak lagi testimoni yang kadangkala tidak terjangkau oleh akal fikiran sembuh dengan izin Allah…Maha Suci Allah yang telah menciptakan Madu & Habbatussawda dengan keajaibannya.

Alangkah ruginya jika kita masih mengagungkan produk buatan Yahudi dan lain-lain sedangkan Al-Quran dan Hadith telah menyebut lebih dari 50 kali tentang kelebihan Madu dan Habbatusawda.

Apa beza Madu PRM dengan produk Madu lain:
1. Madu bergred tinggi diperolehi dari Tanah Arab (kurang peratus kandungan air & diperolehi dari lebah liar yang menghisap pokok/tumbuhan herba yang diketahui ada nilai perubatan yang disebutkan didalam Hadith seperti pokok kurma, pokok tin, pokok habbatussawda dan lain-lain)
2. Setiap produk disertai dengan bacaan doa yang berlainan.
3. Habbatussawda diperolehi dari Syria.

Jadi, beramallah dengan produk2 ini untuk kesihatan dan mengubati / menghindari penyakit dan mendapat pahala mengamalkan sunnah Rasullallah s.a.w.
HUBUNGI SAYA, NOR: 019-4518830 untuk keterangan produk atau tempahan atau untuk menjadi pengedar. Untuk membaca tentang khazanah perubatan Islam ini, bolehlah ke Facebook “Khazanah Perubatan Islam”

PERINGATAN: TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA (copy/paste atau yang seumpamanya) SEBARANG TESTIMONI DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKOMERSIALKAN SEBARANG PRODUK TANPA KEBENARAN

Masad Gold

masad-gold
“Anugerah Ilahi Yang Perlu Disyukuri”
BENTUK : CECAIR PEKAT

JENIS PRODUK : MINUMAN KESIHATAN

BAHAN : MADU ASLI, HABBATUS SAWDA’, ZA’FARAN

KEGUNAAN : MASAD GOLD bertindak mencegah,membaiki dan merawat penyakit ringan,sederhana dan kronik dengan tepat dan berkesan.

ATURAN : MASAD GOLD dibancuh satu sudu teh dengan segelas air suam.diminum ½ jam sebelum mengambil sarapan. ( Gunakan Sudu Plastik )

JANGKA MASA GUNA : 60 HARI

KUANTITI : 300ml
HARGA : RM98-Semenanjung Malaysia, RM105-Sabah/Sarawak

Madu Sawda (MASAD)

masad_19b1“Anugerah Ilahi Yang Tidak Ternilai”
BAHAN : CECAIR PEKAT

JENIS PRODUK : MINUMAN KESIHATAN

BAHAN : MADU ASLI ( 80% ), HABBATUS SAWDA’ ( 20% )

KEGUNAAN : KEBERKESANAN YANG TELAH TERBUKTI SEBAGAI EJEN PENYEMBUH YANG MENAKJUBKAN SEJAK 1974.BERKESAN MERAWAT PENYAKIT YANG RINGAN,SEDERHANA DAN KRONIK TERUTAMA :
Kencing Manis, Gastrik, Buasir, Batu Karang, Buah Pinggang, Angin.
Sakit Puan, Keputihan, Senggugut, Insomnia, Athma, dan Ghout.
Memulihkan tenaga, & mental, kolestrol, Rheumatic dan Batuk yang lama
Kemandulan, Jantung, Lumpuh, Kanser, Mati Pucuk dan Sakit Buah Pinggang yang kronik

ATURAN : MASAD dibancuh satu sudu teh dengan segelas air suam, diminum ½ jam sebelum mengambil sarapan.Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik jangan mengambil apa-apa makanan 1 jam selapas minum MASAD.
( Gunakan Sudu Plastik )

JANGKA MASA GUNA : 20 HARI / 40 HARI

KUANTITI : 120ml / 190ml
HARGA : 120ml = RM 49-Semenanjung Malaysia, RM 55-Sabah,Sarawak
190ml = RM 65-Semenanjung Malaysia, RM 71-Sabah,Sarawak

Madu Herba (MAHER)

masad-herba“Rahsia Kehebatan Pahlawan Arab Di Zaman Silam”
BENTUK : CECAIR PEKAT

JENIS PRODUK : MINUMAN KESIHATAN

BAHAN : MADU ASLI, HABBATUS SAWDA’, HULBAH, FILFIL ASWAD, ANISUN, ZAFARON, KAMKOMA, KASBARAH & KAMMUM

KEGUNAAN : Menyembuh masalah kelamin, mati pucuk, masalah pada buah pinggang, dan pundi kencing, kelesuan, gangguan saraf, sendi dan ghout, membersihkan perut, menghancurkan dan mengeluarkan angin, mengeluarkan kahak, sesak nafas, lelah serta melawaskan dua saluran buang air dan memulihkan tenaga secara menyeluruh.

ATURAN : MAHER dibancuh satu sudu teh dengan segelas air suam, diminum sebelum mengambil sarapan. ( Gunakan Sudu Plastik )

JANGKA MASA GUNA : 40 HARI

KUANTITI : 190ml
HARGA : RM70-Semenanjung Malaysia , RM75-Sabah/Sarawak

Pati Madu Sawda

madu-sawda
“Berkat dan Berkhasiat”
Mengandungi Madu dan Habbatus Sawda’

PMS Boleh merawat penyakit kencing manis, buasir, batu karang, insomnia, tekanan mental, gastrik, penyakit puan, ( haid tidak lancar ) keputihan dan senggugut.

CARA GUNA : ¼ sudu teh ( PMS ) dicampur dengan air suam dan diambil sebelum sarapan. Untuk kesan yang lebih baik,elakkan mengambil sebarang makanan dalam tempoh sejam selepas mengambilnya. Gunakan sudu plastik

KUANTITI : 190ml
HARGA : RM67-Semenanjung Malaysia, RM73-Sabah/Sarawak

Madu Asli (MASLI)

masli“Penawar Yang Turun Bersama Wahyu”
Mengandungi 100% Madu Asli yang diimport dari Tanah Arab

Bertindak memulihkan tenaga dengan segera,menghentikan batuk dengan cepat,menghentikan kesakitan sendi,baik untuk pernafasan.

Mencantik,menghalus,melembab dan mengawal keanjalan kulit.

Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera.

CARA GUNA : 1 sudu teh ( MASLI ) dicampur dengan air suam dan diambil sebelum sarapan.Untuk kesan yang lebih baik,elakkan mengambil sebarang makanan dalam tempoh sejam selepas mengambilnya. Gunakan sudu plastik.

KUANTITI : 300ml
HARGA : RM45-Semenanjung Malaysia, RM50-Sabah/Sarawak

Arabian Black Seed ( ABS )

ABS
“Menyingkap Rahsia Penyembuhan”
Mengandungi Madu Lebah dan Habbatus Sawda’

Berupaya merawat ghout, asthma, kenaikan tekanan darah, mengurangkan kolestrol, meningkatkan tahap imun badan dan merawat diabetis.

Merawat gangguan saraf,mengecilkan rahim peranakan,masalah kelamin dan kemampuan seks yang menurun.

CARA GUNA : ¼ sudu teh ( ABS ) diambil sebelum sarapan. Boleh dicampur dengan sebarang minuman panas yang disukai. Untuk kesan yang lebih baik,gunakan madu asli (MASLI) sebagai pemanis.

KANDUNGAN : 200gram
HARGA : RM21-Semenanjung Malaysia, RM28-Sabah/Sarawak

Nigellan

nigellian
“Keberkatan Dari Keajaiban”
Merawat penyakit yang berkaitan asthma,pembuluh darah dan kesakitan yang terjadi pada buah pinggang dan jantung.

Untuk kecantikan-merawat jerawat dan kulit kering.

Menangguhkan menopaus dan meningkatkan seksual.

CARA GUNA : Untuk wajah – Bersihkan wajah dengan air suam, titiskan 3 titik Nigellan dan sapu ke seluruh wajah. Biarkan 3-5 minit. Bersihkan semula wajah juga dengan air suam. Boleh juga diminum untuk kesihatan dalaman. Caranya : Titiskan 3 titik Nigellan kedalam 30ml air suam, kacau dengan sudu plastik dan minum.

KUANTITI : 10ml
HARGA : RM35-Semenanjung Malaysia, RM40-Sabah/Sarawak

Minyak Habbah

mnyk-habbah
“Titisan Dari Keberkatan”
Baik untuk gatal-gatal * Mengubati luka-luka ringan * Baik untuk pesakit lumpuh * Meredakan sakit pada otot dan sebagai minyak urut untuk wanita selepas bersalin * Boleh juga disapukan pada perut bayi yang baru lahir

CARA GUNA : Sapu pada anggota yang berkenaan. Boleh juga diminum untuk tujuan selusuh (wanita hendak bersalin) iaitu seminggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.

KUANTITI : 60ml
HARGA : RM9-Semenanjung Malaysia, RM12-Sabah/Sarawak

Berdasarkan pengalaman sendiri/keluarga dan pengguna minyak habbah ini, dapat dirumuskan bahawa minyak habbah ini memang amat serbaguna…boleh buat minyak urut, sapu pada tempat terseliuh pun insyaallah tak perlu urut…sapu belakang leher utk migrain, sapu bawah dagu hingga leher untuk batuk2….untuk sakit perut, untuk gatal2 di kemalu**, untuk kuatkan zaka* yang lemah…untuk angin pasang, buat minyak selusuh, minyak celak, luka ringan, terkepit pintu (insyaallah kuku tak lekang), terkena minyak/air panas, dan macam2 lagi…insyaAllah kesannya amat memberansangkan.

Pendek kata, Nor amat mengesyorkan di setiap rumah ada satu botol Minyak Habbah…juga disimpan dalam kenderaan untuk kecemasan…InsyaAllah amat berguna.

Habbah’s Powder

habbah-powder
“Hebat dan Power”
Gabungan Habbatus Sawda’ bersama 6 herba terpilih dari Tanah Arab.

Berupaya membantu mengeluarkan angin dalam badan,melancarkan darah haid, memulihkan urat saraf dan sistem penghadaman serta menguatkan 5 fungsi organ dalaman.

Sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin,pembedahan serta kebas kaki dan tangan.

Juga untuk mengubati pesakit lumpuh.

CARA GUNA : Boleh dijadikan perencah sup (bagi mengekalkan khasiatnya)

Antara sup yang disyorkan adalah :
Merpati ( 1 pek untuk sekali masak )
Puyuh ( 1 pek untuk 2 kali masak )
Arnab ( 1 pek untuk sekali masak )
Haruan / Belut ( 1 pek untuk 3 kali masak )

KUANTITI : 50gram
HARGA : RM12-Semenanjung Malaysia , RM16-Sabah/Sarawak

Masad Cafe


“Minuman Kesihatan Generasi Terkini”
PRODUK : MINUMAN KESIHATAN

BAHAN : MADU ASLI, HABBATUS SAWDA’, KISMIS & BADAM

KEGUNAAN : Adunan Madu Lebah, Habbatus Sawda’, Kismis dan Badam mengikut juzuk-juzuk tertentu membantu :
Meningkatkan kecerdasan otak-amat baik untuk pelajar
Memulihkan tenaga mental
Membekalkan nutrien bagi menyempurnakan hayat
Mengatasi masalah pelupa
Menajamkan otak dan menguatkan daya berfikir
Menghilangkan keletihan
Meningkat tenaga secara total-amat baik untuk warga tua
Membantu memperlahankan proses penuaan
Mengatasi masalah lemak berlebihan dan kegemukkan
Menegangkan permukaan kulit terutama di bahagian muka
Awet muda
Memberi rasa kenyang dan tahan lapar-sesuai untuk yang berdiet

ATURAN : MASAD CAFÉ dibancuh dengan segelas air panas dan menjadi gantian kepada minuman harian

JANGKA MASA : 10 HARI (jika diambil 2 cawan sehari)

KUANTITI : 20 paket
HARGA : RM18-Semenanjung Malaysia, RM25-Sabah/Sarawak