Petua Cepat Dapat Anak

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.
Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.
***********
Dan ini juga mungkin boleh membantu:

Amalkan Asma Ul-Husna ”Ya Musawwir!” iaitu, sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

DAN banyakkan bersedekah dengan ikhlas kerana sedekah dapat memurahkan rezeki… Dianugerahkan zuriat juga rezeki namanya…InsyaAllah…kerna ada kisah tentangnya:
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:-Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata:“Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak.”Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya.”Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.Jabir berkata: “Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki.”

18 thoughts on “Petua Cepat Dapat Anak

  1. salam…

    btl ngn cara ni bkesan untuk mendapatkan zuriat……sy sudah hmpir 7 bulan brkahwin…smpai skrg blm ada tanda2 utk hamil……kalau btl ngn cara ni bkesan…ingin sy mcuba nya…..tp tak de efect sampingan ke…..
    dan nak tanya air rebusan tu kn wat setiap hari ke? dan kn guna tanaman touge baru la…….

    tq

    • wslm. maaf dik, petua2 ni tak semua yang akak dah cuba… kebanyakannya akak kumpul dari pelbagai sumber… Adik boleh cuba juga, InsyaAllah ada rezeki… Adik jangan risau, 7 bulan perkahwinan masih baru. Kadang2 faktor tekanan kerja/perasaan, gangguan haid tak teratur dan tak kena masa subur juga jadi punca belum hamil. Lagi 1, elakkan turun dari katil atau oergi tandas selepas bersama.

  2. salam, saya ren dari sandakan sabah.saya telah berkhwn selama 3 thn tp belum dpt zuriat.kalau boleh berikan saya tips atau doa2?

    • salam, dik…
      maaf kerana lewat balas email adik tempoh hari. tentang tips utk mendapatkan anak, selain dari jangan bangun (turun katil) sebaik selepas bersama, adik juga boleh mengamalkan cara sebaik selepas bersama, angkat kaki lurus (keadaan badan masih tidur), maksudnya badan akan jadi bentuk L, biarkan 5 minit. Cara ini diajar oleh seorang kawan yang bertahun cuba mendapatkan anak, (akak pun dah cuba setelah 8 bulan berkahwin), dan kami berjaya dengan izin Allah. Selain itu banyakkan berdoa kepadaNya. Doa & zikir tu ada juga tapi kena cari bukunya dulu.. InsyaAllah nanti jumpa akak bagitahu…wassalam

    • wslm. selain dari petua, puan boleh perbanyakkan bersedekah yang ikhlas kerana ianya pembuka rezeki. InsyaAllah rezeki mendapat anak juga salah satu darinya. dan juga amalkan zikir asmaul husna.Wallahu’alam

    • wslm. bertenang dan bersabar dik. kekadang, kerisauan boleh menyebabkan stress. stress akan mengganggu kestabilan hormon dan juga kitaran haid dan kesuburan. banyakkan berzikir dan bersedekah. wallahu’alam

    • salam dik.
      saya syorkan adik ubati dulu penyakit tiriod tersebut kerana jika hamil, pengawasan rapi amat diperlukan kerana akan berisiko terhadap ibu dan bayi dlm kandungan. Tiriod juga melibatkan ketidakstabilan hormon. Wallahu’alam

  3. askm.. saya dah berkahwin 1 tahun. namun masih blm ada tanda tanda akan dapat anak. sudah membuat pemeriksaan doktor. Tidak ada masalah antara saya dan suami, cuma kitaran haid saya tidak teratur… mcmmana nak atasi masalah saya ini. bantulah saya.

    • wslm. kakak faham perasaan adik, cuma kakak harap adik dapat bertenang dan bersabar. adakala, bila terlalu memikirkannya kita akan stress. stress juga salah satu sebab sukar hamil. cuba ikhtiarkan juga supaya haid teratur samada perubatan moden atau kaedah lain. cuba amalkan juga zikir2 yg pernah kakak tulis dalam artikel/komen yg terdahulu dan banyakkan bersedekah dgn ikhlas. wallahu’alam

  4. AsSaLamuaLaikum kak. .petua tauge d atas tU. .nak kena wat hari2x ke air tauge tU. .atau cuma sekaLi tp d minum be uLang2x ? Sya ada masaaLah haid x tratUr jgk. .hmpir stahun da khawin. .tp tanda2x hamiL blm ada Lg. .

    • wslm ana. Maaf lewat jawab. Adalah disyorkan rebus sedikit2 tauge tu. Air tauge tak elok disimpan lama. Rebus tauge segar. Kalau tauge yang dibeli dikedai ada campuran selain dari air. Jadi elok dicambah sendiri. Akak syorkan juga Ana ikhtiarkan supaya haid kembali teratur & jangan tension ya. Selamat mencuba. Moga berjaya.

  5. salam..saya sudah berkahwin hampir setahun,tp belom ada tanda2 mengandung..baru2 nie sy pergi berurut dan bidan bgtau sy xmempunyai masalah cuma rahim saya ke kanan.xberada center..
    adakah itu normal?saya agk risau memikirkannya..bolehkah akak beri tips dan petua cara terbaik bersama suami jika keadaan rahim begitu…

    • wslm…. akak harap adik tak terlalu risau tentang tu kerana masih terlalu awal usia perkahwinan adik….jika terlalu fikir takut tertekan…bila tertekan hormon jadi tak stabil dah menyukarkan ikhtiar utk hamil…cubalah petua2 yang ada dalam artikel tu, insyaAllah akan berhasil….& jangan lupa perbanyakkan bersedekah…adik boleh guna tips lepas bersama suami, pastikan diri adik dalam keadaaan berbaring tetapi keseluruhan kaki dirapatkan dan ke dinding….maknanya, dalam bentuk L. Jangan terus bangun atau basuh. Biarkan berkeadaan L sekurang2nya 5 minit. Mudah2an usaha adik berhasil. Wallahhu’alam

  6. akak sye dh 7 bulan nikah,, tapi xde langsung tanda2 ngandung,, tapi sye uzur sengugut teruk,, ada kah sye sukar tok hamil..??? dh mcm cra sye usaha kan tapi tetap gagal… sye perlu kan bantuan akak….. 😦

    • salam. adik tak perlu risau…mengikut kata dr pakar o & g, tempoh 1-2 tahun perkahwinan masih awal dan tak perlu risau…lagi risau lagi stress dan menambah risiko utk tidak hamil…sabar…adik boleh cuba cara2 yang akak letakkan dalam artikel2 berkaitan ni. jangan risau ya… mungkin boleh berubat senggugut dulu.

Leave a reply to thebest4u Cancel reply