Archives

Indahnya Hidup Bersyari


“Buku ini seharusnya dimiliki bagi setiap isirumah. Buku panduan fadhu Ain lengkap bergambar.”

Pengarang : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Advertisements

Ajaibnya Sedekah


“Buku ni pun best juga. Menyingkap keajaiban sedekah bila ianya ikhlas kerana Allah & bagaimana sedekah itu boleh menarik rezeki & menolak bala. Sesuai untuk menambah saham akhirat…”

Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

Sekapur Sirih

BAB 1
Mukadimah:
Suatu Titik Menuju Dunia Sedekah

BAB 2
Keajaiban Sedekah:
Melihat Keajaiban Sedekah dengan Mata Hati
Beberapa Kisah Keajaiban Sedekah
Empat Jenis Keajaiban Sedekah
Awas pada Bahaya Pemiskinan Makrifatullah
Syahadat Bukan Syarat Mendapatkan Keajaiban
Seorang Janda dari Florida

BAB 3
Seni Bersedekah yang Keliru 1:
Cara Bersedekah yang Salah
Menyakiti Perasaan Orang Lain
Menunjuk-nunjuk
Merungut
Kebiasaan
Memberi Sesuatu yang Kita Tidak Mahu,
Bukannya Memberi Sesuatu yang Baik
Memberi kerana Terpaksa
Asalkan Memberi

BAB 4
Seni Bersedekah yang Keliru 2: Sedekah x Tujuan Keliru = 0 Kekuatan
Niat yang Keliru
Keajaiban
Populariti
Penghargaan
Kekuasaan
Mengikat
Mengharapkan Balasan

BAB 5
Sedekah dan Bencana
Sedekah yang Sebenar-benarnya
Niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah
Bebaskan diri anda daripada keraguan tentang jumlah
Berahsialah
Berikan kepada orang yang tepat
Berikan yang terbaik
Pengertian Bencana
Sebab-sebab Terjadinya Bencana
Bencana Orang yang Bersedekah
Kekuatan Sedekah dalam Menolak Bencana

BAB 6
Sedekah dan Rezeki
Pengertian Rezeki
Hukum Ekonomi dan Formula Matematik Sedekah
Keraguan-keraguan
Hukum Tuhan: Sedekahlah!
Kekuatan Sedekah dalam Menarik Rezeki

BAB 7
Sedekah, Penyakit dan Panjang Umur
Misteri Umur dan Penyakit
Adakah Umur Manusia termasuk dalam Kategori Takdir?
Mungkinkah Semua Penyakit dapat Sembuh dan
Mungkinkah Semua Orang Panjang Umur?
Kekuatan Sedekah dalam Memanjangkan Umur dan Menyembuhkan Penyakit

BAB 6
Penutup
Sedekah Membawa Berkat
Sedekah Menebus Dosa
Sedekah Membuka Pintu Syurga

Di Dunia Ada Syurga


Buku ni memang best sangat! Buku ni dapat menyuntik semangat apabila kita telah rasa kehilangan atau diduga dengan sesuatu yang dirasakan terlalu berat… Memberi keyakinan kepada kita bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu dan mengharap. Terdapat beberapa petikan cerita motivasi di dalamnya.

Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian

Fikah_harian1
Judul : Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
Pengarang : Dato’ Dr. Haron Din, Hassan Din, Ishak Din,
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Kategori : Islam & Spiritual | Amalan Harian
Mukasurat : 320 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9833604226

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.

Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman ‘wahhabi’ dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:
Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?

2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.

3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?

Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato’ Dr. Haron Din dan Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.

Kandungan

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Kata-kata Aluan
Kata Pengantar

Bab 1 Najis dan Penyuciannya
Bab 2 Air dan Alat Bersuci
Bab 3 Istinjak
Bab 4 Hadas Kecil dan Berwuduk
Bab 5 Tayamum
Bab 6 Mandi
Bab 7 Solat
Bab 8 Sunat-sunat Solat
Bab 9 Sah dan Batal Solat
Bab 10 Solat-solat Sunat

Bab 11 Solat Berjemaah
Bab 12 Solat Jumaat
Bab 13 Solat dalam Perjalanan
Bab 14 Sujud-sujud dalam Islam
Bab 15 Pengurusan Jenazah
Bab 16 Puasa
Bab 17 Lailatulqadar
Bab 18 Hari Raya
Bab 19 Korban dan Akikah
Bab 20 Zakat

Bab 21 Zakat Harta
Bab 22 Sedekah
Bab 23 Haji dan Umrah
Bab 24 Masalah-masalah Berkenaan Dam
Bab 25 Masalah Umum Haji
Bab 26 Munakahat
Bab 27 Perempuan yang Haram Dikahwini
Bab 28 Talak dan Perceraian
Bab 29 Masalah-masalah Umum