Archives

Aku & kau berbeza…Aku & kau istimewa

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNYA..

“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ”

Advertisements

Sifat Suami yang Terpuji

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” “Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” “Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah…
mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit…” desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuanjiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?” Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”
Rasulullah s. a. w. bersabda,”SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT…”
Sekian buat tatapan semua

Tips Menarik Untuk Suami:- Jaga Hati Isteri Anda

Bagi para suami yang masih mempunyai isteri, hargailah isteri anda sebelum mereka meninggalkan anda. Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga:

Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.

Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.

Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.

Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.

Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.

Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.

Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.

Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

Panduan Memilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara iaitu :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Cara Tegur Isteri-Adab & Etika

Kalau anda marah dan sakit hati dengan sikap isteri anda, apa yang anda buat?

Kalau isteri anda buat silap, apa tindakan anda? Tengking dan herdik isteri? Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau bagaimana…?

Apakah yang anda akan lakukan?

Sebenarnya saya pernah didatangi oleh seorang isteri yang menangis tersedu-sedu menceritakan perihal dia ditampar dan dimarahi oleh suaminya. Sedangkan kesilapan yang dilakukannya adalah sangat kecil.

Saya tak mahu cerita tentang kisah benar yang berlaku tersebut. Sebaliknya saya ingin mengajak para suami untuk kita sama2 muhasabah diri, adakah cara kita menegur isteri kita telah dibuat dengan adab dan etika yang betul? Adakah cara kita menasihati isteri kita selaras seperti yang dianjurkan oleh agama kita?

Tuan2 yang mulia…
Isteri kita pun juga manusia biasa. Bukankah dia adalah insan yang kita sangat sayang masa bercinta dulu? Habis takkanlah kita nak sergah2, tengking2 dan herdik2 seorang insan yang kita sayang? Takkanlah kita sangggup menampar isteri kita? Bukankah isteri juga punya hati, perasaan dan emosi…sama seperti kita? Cuba kita ni ditengking oleh boss dan dikutuk…apa perasaan kita? Apa yang kita rasa, macam itu jugalah isteri kita rasa kalau dia ditengking dan dikatakan macam2.

Yaaa memang benar, kita WAJIB membetulkan isteri kita apabila dia melakukan kesilapan. Memang kita bertanggungjawab untuk membimbing dia. Memang kita perlu nasihat dia kalau dia tersasar dan melanggar syariat.

Yaa saya tidak sekali2 ingin mempersoalkan tanggungjawab yang suami perlu tunaikan itu.

Apa yang saya cuba bangkitkan ialah tentang CARA, ADAB dan ETIKA MENEGUR ISTERI itu…adakah kita menegur isteri dengan cara dan etika yang betul?

Kalau belum, maka dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan dan semua tentang adab, cara dan etika menegur isteri.

1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus.
2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.

3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN. Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal, maka dah terlambat la…
4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur.

5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI. Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara. Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap. Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri.
6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri. Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab lain.

Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang patut diamalkan oleh setiap suami. Suami hendaklah harus pandai menetapkan yang mana satu perkara yang patut ditegur dan yang mana satu patut dibiarkan saja.

Akhir kata, saya akui bahawa ada kalanya kita kena tegur isteri dengan teguran yang tegas. Namun adalah lebih baik jika kita dapat memaafkannya dan mengalah saja. Tapi ini bukan bererti kita tak perlu tegur. Menegur adalah dibenarkan selagimana teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.

Sekian, semoga ada manfaat.

Petua Cepat Dapat Anak

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.
Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.
***********
Dan ini juga mungkin boleh membantu:

Amalkan Asma Ul-Husna ”Ya Musawwir!” iaitu, sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

DAN banyakkan bersedekah dengan ikhlas kerana sedekah dapat memurahkan rezeki… Dianugerahkan zuriat juga rezeki namanya…InsyaAllah…kerna ada kisah tentangnya:
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:-Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata:“Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak.”Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya.”Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.Jabir berkata: “Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki.”

Soalan Psikologi

Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir…Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda…
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
• Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
• Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.